[Tertiris] Spesifikasi HTC U12 Dengan Snapdragon 845, Dwi Kamera Utama

612
- Iklan -

Ramai pengguna telefon pintar kini tidak mengenali jenama HTC. Suatu ketika dahulu semasa Android mula diperkenalkan, jenama ini antara jenama yang menjadi pilihan pengguna oleh kerana pada masa itu reka bentuk perantinya yang menarik. Malahan ciri dan spesifikasi yang diperkenalkan juga agak maju ke hadapan. Namun, selepas beberapa tahun jenama ini mula tidak diterima ramai kerana pengeluar lain mula menawarkan peranti jauh lebih baik.

Kini, dalam usaha untuk bersaing di arena telefon pintar, HTC dilihat cuba memperkenalkan sebuah peranti induk dengan spesifikasi setara seperti jenama lain. Ianya diberi nama HTC U12 yang mungkin akan dilancarkan pada bulan April akan datang.

HTC U12 generasi terbaru dikatakan akan hadir dengan perkakasan serba canggih. Ia akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 845, RAM sehingga 6GB, dan storan sehingga 256GB. Sudut tenaga pula, sebuah bateri sebesar 3,420mAh turut dimuatkan bersama.

Peranti ini menerima paparan sebesar 5.99-inci beresolusi QHD+ dengan sistem dwi kamera berteknologi Sony 12 MP + 16 MP pada bahagian belakang. Kamera depan pula menempatkan sensor 8 Megapiksel berserta sistem operasi Android 8.0 Oreo disamping antaramuka Sense 10 dan Edge Sense 2.0.

HTC U12 dilengkapkan dengan kerangka badan kalis air dan debu IP68 selain fungsi pengecaman wajah dan sejumlah ciri lain.

Sumber

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here