Huawei nova 2 lite – Telefon Pintar Dwi Kamera Berharga RM799

1634

Dalam artikel sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai pelancaran rasmi model terbaru Huawei iaitu nova 2 lite pada hari ini. Kini Huawei mengumumkan nova 2 lite secara rasmi di pasaran Malaysia dengan tanda harga RM799.

Memilih Hannah Delisha sekali lagi sebagai duta rasmi bagi produk ini, nova 2 lite menampilkan paparan skrin hampir penuh bersaiz 5.99 inci dengan nisbah 18:9. Kelebihan peranti ini tentulah pada fungsi penggambaran dwi kameranya 13MP + 2MP yang mampu mengambil gambar bokeh yang unik.

Hadir dengan dua pilihan warna – Hitam & Biru

Bukan itu sahaja, kehadiran fungsi Face Unlock membolehkan pengguna membuka peranti menerusi imbasan wajah, di mana sistem yang dibangunkan ini mampu merakam 1024 titik tekstur di bahagian muka. Malah teknologi pengimbas cap jari 4.0 juga mampu membuka peranti hanya dalam masa 0.35 saat sahaja.

Spesifikasi lain yang disokong oleh nova 2 lite adalah dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo bersama paparan antaramuka EMUI 8.0, memori RAM 3GB dan 32GB storan serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Huawei nova 2 lite akan berada di pasaran pada 23 Mac 2018 di semua kedai rasmi Huawei, pengedar sah serta telco Celcom dan Maxis. Pelanggan yang membeli telefon pintar ini akan menerima beg Travel Huawei sementara stok masih ada.

Hannah Delisha menggambil gambar swafoto menggunakan Huawei nova 2 lite

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here