Sony Terima Anugerah Daripada iF Design Gold Awards 2018 & iF Design Awards 2018

166
**********

Sony adalah salah satu jenama pengeluaran telefon pintar terkenal dengan bangganya berkongsi berita baik kepada penggunanya dengan anugerah yang diterima oleh iF Design Gold Awards 2018 dan iF Design Award 2018. Antara produk yang menerima anugerah berprestij ini adalah barisan daripada telefon pintar, peranti gaming, kamera digital, wayarles speaker dan juga wayarles headphones.

iF Design Gold Awards 2018

Sony Xperia XZ1

Telefon pintar ini mendapat sokongan terbaru Motion Eye dimana kamera yang digunakan dibina berasaskan teknologi Sony ‘α’ dan ‘Cyber-shot’. Dilengkapi dengan kamera belakang 19 Megapiksel, sensor Exmor RS ini mampu merakam video gerak perlahan sehingga 960fps. Ciri Predictive Capture pula membolehkan peranti mengesan perbuatan atau senyuman sebelum butang shutter ditekan. Kamera depan pula hadir dengan sensor 1/3” 13 Megapiksel, tiada masalah untuk rakaman selfie kerana menyediakan fungsi display flash

Sony PlayStation4 Pro

Peranti ini mampu memainkan permainan beresolusi 4K. Ia memuatkan pemproses grafik yang lebih hebat bagi membolehkan anda bemain permainan 4K dan disambungkan ke uniy PlayStation VR.

iF Design Awards 2018

Sony Xperia XZ Premium

Ia direka menggunakan teknologi daripada BRAVIA TV untuk menghasilkan paparan 4K HDR yang pertama di dunia dengan saiz skrin 5.5 inci Corning Gorilla Glass 5 berteknologi TRILUMINOS menghasilkan kontra, kejelasan, keterangan dan juga warna yang sangat tepat. Jika sekarang anda masih bertanya bagaimana untuk memainkan paparan 4K HDR, Amazon Prime adalah aplikasi di mana pengguna dapat menonton video yang menyokong resolusi setinggi itu.

Sony Xperia XZ1 Compact

Didatangkan dengan saiz kerangka yang lebih kecil iaitu menggunakan paparan 4.6 inci HD penuh. Walaupun memiliki badan yang kompak, ia direka dengan terperinci kerana turut mendapat sokongan kalis air IP68 dan panel Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak. Kamera depan didatangkan dengan sensor 8MP bersudut lebar 120 darjah – selain boleh diubah kepada 80 darjah sesuai untuk penggambaran selfie. Lebih menarik dengan penambahbaikan ciri Clear Audio+ , pembatalan suaran (noice cancelling) dan DSEE HX.

Sony SRS-XB20

Speaker ini boleh disambungkan sehingga 10 unit di dalam satu rangkaian untuk membolehkan anda menikmati audio yang lebih luas dan lantang. Mod stereo ini mencipta kesan bunyi yang boleh didengar dari pelbagai arah, sama dengan pendengaran semula jadi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi SongPal pada telefon pintar Android atau iOS untuk memain muzik, menghidupkan dan mematikan lampu pembesar suara, menambah pembesar suara dan banyak lagi.

Sony SRS-XB10

Bagi yang sentiasa bergerak, peranti ini cukup sesuai dengan anda yang mana menawarkan bunyi EXTRA BASS yang jelas dan padu di dalam badan kecil. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, kira-kira 16 jam, anda boleh terus bergembira sepanjang hari tanpa perlu risau. Sony XB10 ini juga boleh disambungkan dengan XB10 lain untuk menyediakan mod stereo untuk mewujudkan ruang bunyi yang lebih luas dan kesan mendengar muzik dari pelbagai arah.

Sony NW-ZX300

Alat ini menawarkan Hi-Res Audio melalui penguat digital yang ditala mengikut teknologi S-Master HX. Melaluinya, pengalaman mendengar muzik kini menjadi lebih jelas dan mengasyikan. Dengan casis badan berasaskan aluminium, kerangka NW-300 mampu bertahan lebih lama malahan tahan lebih lasak. Menggunakan kabel dalaman OFC, muzik yang disalurkan menjanjikan prestasi tinggi dan tidak mudah untuk kehilangan isyarat transmisi.

Sony WI-1000X

Earphone ini ternyata lebih sesuai dan selesa untuk dipakai sepanjang hari dengan rekaan neckband yang hanya perlu disangkutkan pada bahagian leher si pemakai. Lebih menarik, ia fon kepala pertama di dunia dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi lebih maju yang dikenali sebagai Atmospheric Pressure Optimising. Ciri ini memastikan penyesuaian teknologi pembatalan bunyi pada altitud tinggi ketika berada di dalam penerbangan bagi memastikan bunyi audio yang lebih jelas dan sempurna. Malah sokongan amplifier audio beresolusi tinggi dari S-Master HX turut menjanjikan bunyi yang lebih dinamik dan juga mengurangkan isu herotan (distortion).

Sony Xperia Touch

Projektor interaktif yang menukar mana-mana permukaan rata menjadi skrin sentuh 23 inci dengan resolusi HD. Ia dibina menggunakan teknologi paparan unjuran SXRD Sony, dan input sentuhan dijayakan melalui gabungan cahaya InfraMerah dan pengesanan melalui kamera yang mengesan input dalam 60fps.

Sony RX0

Sony juga memuatkan sensor yang beprestasi tinggi dengan sensor 15.3 Megapiksel Exmor RS CMOS bersama pemproses berteknologi BIONZ X. Lensa sudut lebar ZEISS Tessar T 24mm F4 ini pula dapat menghasilkan rakaman berkualiti tinggi berbentuk RAW, JPEG dan semua jenis bentuk format video. Fungsi shutter 1/32000 saat berkebolehan merakam imej serta objek yang bergerak pantas dengan baik sekali.

iF Design Awards 2018 dianjurkan oleh organisasi reka bentuk bebas tertua di dunia, iF International Forum Design GmbH yang berpusat di Hannover memiliki tenaga kerja seramai 63 anggota yang terdiri daripada pakar bebas dari seluruh dunia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here