Sertai Jelajah Huawei P20 Di Sunway Pyramid Dan Dapatkan Hadiah Melebihi RM999

440
**********

Lanjutan daripada pelancaran siri Huawei P20 secara rasmi, hari ini Huawei Malaysia mengumumkan mereka akan mengadakan promosi jelajah ke negeri Selangor dan Pulau Pinang. Buat masa ini, promosi jelajah akan diadakan di Petaling Jaya bagi menarik minat orang ramai untuk mengalami sendiri pengalaman menggunakan peranti Huawei P20 dan Huawei P20 Pro.

Berlangsung pada 6 April hingga 8 April 2018, penduduk di sekitar Lembah Klang dan Penang boleh mengunjungi pusat membeli-belah Sunway Pyramid di aras bawah (LG-floor), Blue Concourse, dan Sunway Carnival Mall, Penang untuk menjadi yang terawal memiliki peranti terbaru Huawei P20 dan Huawei P20 Pro.

Bagi memeriahkan promosi jelajah ini, pihak Huawei berbesar hati untuk memberikan hadiah eksklusif berupa mesin pencetak Canon Pixma E3170, fon telinga Bluetooth Huawei Sport, dan ganjaran lain bernilai lebih RM999 kepada setiap pelanggan. Tidak cukup dengan itu, setiap pelanggan yang membuat pembelian pada hari tersebut berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar Huawei P20 Pro.

 

Beli di sini ⇓⇓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here