SanDisk Ultra Fit USB 3.1 Berkapasiti 256GB Tiba Di Malaysia!

612

SanDisk, nama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran storan digital kini telah menawarkan satu lagi produk mereka untuk pasaran tempatan.

Dikenali sebagai pemacu kilat paling kecil di dunia, Ultra Fit USB 3.1 mampu menawarkan kadar bacaan pada kelajuan 130MB/s dan ianya 15 kali lebih laju berbanding pemacu USB 2.0.

SanDisk Ultra Fit USB 3.1 berkapasiti 256GB akan dijual pada harga RM399 dan ia juga hadir dengan waranti selama 5 tahun. Selain itu, varian lain yang turut dijuala adalah versi 128GB (RM179), 64GB (RM99)32GB (RM49) dan juga 16GB (RM39).

Kesemua pemacu kilat ini boleh dibeli di pengedar sah SanDisk ataupun anda boleh mendapatkannya secara atas talian di SanDisk Lazada, Shopee, atau 11Street.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here