Samsung Telah Memenangi 55 Anugerah Di iF 2018

366
**********

Samsung Electronics Co Ltd hari ini mengumumkan sebanyak 55 anugerah telah diterima di Forum Antarabangsa (iF) Rekabentuk 2018 termasuk empat daripadanya adalah emas. Samsung memaklumkan sebanyak 40 anugerah dimenangi berada didalam kategori rekaan produk, rekaan konsep, rekaan komunikasi, rekaan pembungkusan, dan rekaan perkhidmatan.

Peti Ais dengan ciri lampu-3D

Acara yang berlangsung di Jerman itu telah disertai syarikat-syarikat besar seluruh dunia dan acara ini sudah dianjurkan lebih daripada setengah abad bermula pada tahun 1953.

Antara produk Samsung yang menjadi tumpuan utama ialah peti ais gergasi untuk kegunaan rumah yang dilengkapi lampu 3D, monitor QLED 49-inci melengkung, dekstop gaming ‘The Odyseey’ yang tampak futuristik, dan yang terakhir powerbank ‘Samsung Power’ yang menyokong pengecasan pantas in/out.

monitor QLED 49-inci melengkung

Selain itu, Samsung Galaxy S8 / S8+, Galaxy Note 8, The Frame, QLED TV Q9, Peti ais French Door 36-inci, dan Powerstick PRO turut memenangi anugerah di sana.

The Odyseey
powerbank ‘Samsung Power’

Untuk melihat produk-produk yang lain, anda boleh layari laman iF Award di sini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here