Samsung Galaxy Note8 Mula Menerima Android 8.0 Oreo

567
**********

Samsung pada minggu lepas telah mengumumkan ketersediaan sistem operasi Android 8.0 Oreo untuk Samsung Galaxy Note8, Galaxy S8, dan Galaxy S8+ untuk beberapa minggu ini. Hari ini, segelintir pengguna Galaxy Note8 di beberapa buah negara sudah mula menerima kemas kini berkenaan.

Kemas kini tersebut membawakan perubahan besar daripada segi dalaman terutamanya. Kini, pengguna boleh menikmati beberapa ciri tambahan baru seperti tingkat taraf sistem keselamatan biometrik termasuk pengecaman wajah, pengimbas cap jari, dan imbasan mata. Selain itu, peningkatan dibuat di bahagian panel pintas, paparan Home, papan kekunci Samsung, dan sistem prestasi.

Saiz yang diperlukan untuk kemas kini dimuat turun ialah sekitar 1.5GB, jadi pengguna dinasihatkan supaya mendapatkan sambungan WiFi yang kukuh bagi mengelakkan isu perisian rosak. Kalau ada pembaca yang sudah menerimanya, boleh beri pendapat anda di ruangan komen.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here