- Iklan -

HARGA: RM679

Jika anda mempunyai bajet rendah, tetapi dalam masa yang sama inginkan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi yang boleh dianggap baik, Xiaomi Redmi 5 perlu diberi perhatian. Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menampilkan paparan skrin hampir penuh berukuran 5.7 inci yang menjadi trend hari ini serta rekaan yang segar dengan pilihan warna baru. Tidak cukup dengan itu, Redmi 5 juga sebenarnya turut menyokong spesifikasi dan fungsi yang agak lengkap keseluruhannya serta harga yang mampu milik….

Baca Juga:

 

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

REKA BENTUK

Paparan Skrin Penuh 18:9

Masih mengekalkan rekaan unibodi yang sama seperti model sebelum ini, Redmi 5 dibina menggunakan logam. Ia menampilkan paparan skrin penuh dengan nisbah 18:9 berukuran 5.7 inci dengan rekaan 2.5D.

Dengan ketebalan hanya 7.7mm dan seberat 150g, ia masih selesa dipegang dengan sebelah tangan.

 

Kamera Utama & Depan

Panel belakang Xiaomi Redmi 5 yang diperbuat daripada logam ini disediakan dengan kamera utama 12 Megapiksel, satu LED dan juga pengimbas cap jari.

Malah rekaan lensa yang sedikit timbul dari permukaan juga mudah meninggalkan kesan calar.

Bagi kamera swafoto pula, walaupun hanya dilengkapi dengan lensa 5 Megapiksel tetapi ia hadir dengan sokongan Selfie-light dan mod Beauty 3.0.

 

Port Audio & USB

Seperti biasa, pada bahagian atas Redmi 5A telah disediakan dengan sebuah port 3.5mm audio jack, mikrofon dan juga sensor Infra Merah yang boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektrik.

Manakala bahagian bawahnya pula tersedia dengan sebuah port USB 2.0 untuk kegunaan mengecas serta dua buah speaker.

 

Sisi Telefon Pintar

Sisi kanan Redmi 5 telah dilengkapi dengan dua butang yang biasa kita lihat iaitu butang kuasa dan laras volume.

Manakala sisi kiri pula telah menempatkan dua slot kad SIM jenis hibrid, di mana anda boleh memilih untuk menggunakan dua kad SIM jenis Nano SIM dan microSIM ataupun memilih kad tambahan microSD.

 

ULASAN…

Jika dilihat pada reka bentuk model Redmi 5 ini, tidak dinafikan ia hadir dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Namun begitu, rekaan yang nipis dengan paparan skrin penuh berukuran 5.7 inci masih selesa untuk dipegang dengan sebelah tangan. Selain itu, ia juga tampil dengan warna baru yang mendamaikan hati apabila memandangnya!

 

Nak tau keupayaan dalamannya, jangan lupa ikuti reviu seterusnya… bai~

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here