**********

Berminat dengan rekaan Tommy3 yang menampilkan paparan skrin hampir penuh dan pilihan warna trendy? Korang mesti nak tahu apa ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini bukan? Memandangkan ia memfokuskan kepada pengguna yang mempunyai bajet ‘nipis’, mari lihat apa ciri-ciri menarik yang ditawarkan pada Tommy3 ini.

 

KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?

Smart Left Page

Kini anda boleh mengakses kenalan dan aplikasi lebih pantas dengan adanya aplikasi My Smart Left Page. Ianya sangat membantu, yang mana memudahkan sehingga 80% penggunaan seharian. Anda hanya perlu swipe paparan antaramuka ke kiri skrin sahaja.

Selain itu, Smart Left Page turut menawarkan berita terkini dari News Republic dengan sokongan kemas kini pantas.

 

Penggambaran

Kamera utama dilengkapi bersama sensor 8 Megapiksel telah diserikan dengan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Portrait, Professional, Panorama, Night, Beauty, HDR dan beberapa lagi.

(Dari Kiri) UI Penggambaran, Tetapan, Mod Penggambaran, Efek, Mod Potret.

Manakala kamera swafoto beresolusi 5 Megapiksel hadir dengan sokongan Selfie-light untuk penggambaran yang kelihatan lebih natural.

(Dari Kiri) Tetapan, Mod Penggambaran, Mod Beauty, Mod Potret.

Malah kehadiran mod Portrait pula mampu menghasilkan gambar swafoto dengan latar belakang kabur.

 

Phone Assist

Tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan Phone Assist.

Aplikasi ini menyokong sehingga lapan menu pengurusan seperti Power Saver, Notification Manager, Permission Manager, Updates, Antivirus, Memory Boost dan beberapa lagi.

 

Smart Gesture

Smart Gesture adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu, di mana hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut pada paparan skrin yang berkunci.

Sebagai contoh, jika anda menulis huruf ‘M’ yang mewakili ‘Muzik’, ia secara automatik akan membuka menu yang diinginkan. Selain itu, anda juga boleh menambah menu lain dengan menekan ikon ‘+’.

 

HASIL GAMBAR

Walaupun hanya dibekalkan dengan kamera utama 8 Megapiksel, tetapi hasil gambar yang diambil oleh telefon pintar ini masih memuaskan. Di sini kami telah mengambil beberapa keping gambar dengan beberapa mod popular seperti HDR, Potret dan juga Beauty. Jadi anda sendiri nilaikan…

UTAMA
POTRET 50%
POTRET 100%
INDOOR
MAKANAN
OUTDOOR
OUTDOOR
MALAM

 

SWAFOTO
FACE BEAUTY
POTRET

 

KOMEN EDITOR

PRO
  • Telefon pintar dengan paparan skrin hampir penuh pada harga mampu milik.
  • Sokong ciri-ciri menarik yang ada pada peranti kelas atasan seperti Phone Assist, Smart Gesture, Smart Left Page, One Clean dan News Republic.
  • Lensa penggambaran utama dan hadapan hadir dengan sokongan mod Potret yang mampu mengambil gambar dengan latar belakang kabur.

 

KONTRA
  • Memori RAM 1GB dianggap ketinggalan zaman.
  • Masih menyediakan port microUSB 2.0 untuk fungsi pengecasan dan pemindahan data.
  • Paparan skrin hampir penuh tidak disokong oleh beberapa aplikasi seperti YouTube, Video, Navigasi dan beberapa lagi.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here