**********

HARGA : RM329

Wiko sebuah jenama yang sedang meningkat naik di pasaran global termasuk Malaysia kini memperkenalkan sebuah telefon pintar baru yang dinamakan Wiko Tommy3. Apa yang menariknya, peranti ini menampilkan skrin bernisbah 18:9 paling murah setakat ini jika dibandingkan dengan peranti 18:9 yang lain.

Walaupun didatangkan dengan perkakasan berspesifikasi asas, terdapat beberapa fungsi menarik pada telefon pintar ini. Nak tahu lebih lanjut, baca reviu dari kami ini!

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

SPESIFIKASI

  • PLATFORM: Android 7.1.1 Nougat
  • PEMPROSES: Quad-core 1.3GHz, IMG PowerVR GE8100
  • KAD SIM: Dual SIM / micro SIM
  • DIMENSI: 148.8 x 72 x 9.1mm / 170g
  • PAPARAN: 5.45 inci IPS beresolusi 960 x 480 piksel, nisbah 18:9
  • MEMORI: 16GB ROM / 1GB RAM (microSD sehingga 128GB)
  • KAMERA: (Utama) 8 Megapiksel + LED flash / (Hadapan) 5 Megapiksel + Selfie flash
  • RAKAMAN VIDEO: HD 1080p
  • BATERI: Li-Po 2500mAh
  • PENGIMBAS CAP JARI: X
  • SAMBUNGAN: WiFi 801.11b/g/n, Bluetooth 4.1, USB OTG & microUSB 2.0
  • WARNA: Hitam, Emas, Merah & Bleen

 

REKA BENTUK

Paparan Skrin Penuh 18:9

Telefon pintar dengan paparan nisbah 18:9 bukan lagi dilengkapi pada telefon pintar kelas atas dan pertengahan, kerana Wiko Tommy3 turut menyokong paparan skrin 18:9 yang menjadi trend hari ini.

Wiko Tommy3 turut menampilkan paparan skrin IPS berukuran 5.45 inci dengan rekaan 2.5D.

 

Rekaan Kompak

Walaupun menampilkan paparan skrin dengan nisbah 18:9, ia masih menawarkan rekaan kompak berketebalan hanya 9.1mm dan seberat 170g.

Bukan itu sahaja, Tommy3 masih selesa dipegang walaupun dengan sebelah tangan. Malah rekaan yang kompak juga memudahkan ia diletakkan di dalam poket seluar.

Penggambaran & Speaker

Panel belakang telefon pintar ini telah menempatkan lensa utama 8 Megapiksel dengan bantuan LED flash. Jika dilihat pada lensa penggambaran, jangan tertipu dengan rekaan seakan dwi-kamera ini.

Manakala penggambaran selfie pula beresolusi 5 Megapiksel yang hadir dengan sokongan Selfie flash. Di bahagian bawah lensa turut tersedia tulisan Wiko serta lubang speaker.

 

Slot Kad SIM & Bateri

Menyokong kerangka yang diperbuat daripada polikarbonat, panel belakang telefon pintar ini boleh dibuka dengan cara mengumpilnya.

Pada bahagian dalam terdapat bateri berkapasiti 2500mAh yang boleh ditukar ganti.

Manakala bahagian atas bateri pula tersedia dua slot kad SIM jenis microSIM serta slot untuk kad tambahan microSD.

 

Port & Butang

Rekaan bahagian atas Tommy3 kelihatan agak ringkas, di mana hanya menyediakan port untuk audio jack serta microUSB, dan bahagian bawah pula hanya terdapat satu lubang mikrofon sahaja.

Butang Power dan laras Volume pula berada di sisi kanan telefon pintar ini.

 

Pilihan Warna

Apa yang menariknya Wiko Tommy3 ini adalah pilihan warnanya, di mana hadir dengan empat pilihan warna iaitu hitam, emas, merah dan juga Bleen.

Warna-warna ini sesuai untuk dipadankan dengan semua golongan dan warna yang trendy ini menyerlahkan lagi gaya si pemakainya.

 

ULASAN…

Dari segi rekaan Wiko Tommy3, ia masih memuaskan walaupun tidak menyokong rekaan unibodi kerana rekaan telefon pintar ini langsung tidak kelihatan seperti ‘murah’. Kepada yang inginkan peranti dengan paparan skrin hampir penuh berharga bajet, model ini boleh dipertimbangkan! Malah kehadiran empat warna trendy pula membolehkan pengguna memilih warna kegemaran sendiri.

 

Video Unboxing ↓↓↓

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here