**********

Kewujudan komputer riba permainan semakin dipandang serius oleh golongan gamer, selain teknologi terkini yang ada pada komputer riba permainan menjadi salah satu faktor pemilihan, keselesaan penggunaan turut menjadi faktor utama dalam urusan pembelian.

Jadi, kehadiran Acer Predator Triton 700 telah berjaya mencapai permintaan pasaran kerana adanya teknologi NVIDIA Max-Q, di mana teknologi ini adalah pendekatan inovatif dalam mereka bentuk komputer riba permainan yang paling nipis, terpantas dan senyap di dunia.

Ketebalan hanya 18.9mm pada Acer ini cukup memeranjatkan semua peminatnya, apatah lagi ia sebuah komputer riba permainan yang datang sekali dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ Quad-core 2.8GHz, NVIDIA GeForce GTX 1080 GPU, serta 512GB SSD memori dalaman. Dengan tawaran harga RM13,999, apa lagi yang menarik pada komputer riba ini? Ikuti kami dan anda pasti teruja…

 

Spesifikasi
  • Windows 10 Home
  • Intel Core i7-7700HQ Quad-core 2.8GHz
  • NVIDIA GeForce GTX 1080 8GB
  • Paparan skrin 15.6” LCD Full HD nisbah 16:9
  • 32GB DDR4 SDRAM
  • 512GB SSD
  • Bateri 4670mAh
  • 393 x 266 x 18.9mm / 2.4kg

 

FIZIKAL

Jika anda ingin membandingkan dengan komputer riba biasa, Triton 700 boleh dikatakan tebal dan berat. Tetapi sekiranya dibandingkan dengan komputer riba permainan, ia sangat nipis dan ringan. Setuju ke tak?!

Ia juga mempunyai paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 piksel, sokongan pada NVIDIA GSYNC dan juga kadar segar semula 120Hz mampu memberikan kesan visual yang menakjubkan terutamanya semasa bermain permainan.

Papan kekunci RGB mekanikal

Triton 700 dibina dengan papan kekunci RGB mekanikal, di mana rekaan ini hadir bersama lampu latar individu untuk setiap kekunci. Pergerakan setiap lampu semasa memain sangat menyeronokkan, bahkan anda juga boleh menentukan warna dan mod cahaya ikut penggunaan diri sendiri.

Di atas skrin terdapat kamera dan dua mikrofon

Di atas papan kekunci terletak sebuah kaca Corning Gorilla jenis lutsinar, jelas boleh kelihatan kipas penyejuk yang diberi nama AeroBlade 3D yang mempunyai efek lampu menarik.

Kipas penyejuk jelas kelihatan pada kaca Corning Gorilla 

Sementara sebelah kanan terdapat pad sesentuh yang menyokong fungsi gesture dan multi-touch, tetapi penggunaannya tidak begitu lancar, anda disarankan menggunakan tetikus lebih mudah.

Speaker
Lampu pengecasan
Panel depan jelas menunjukkan Logo Predator
Sisi kiri

Sisi kiri dilengkapi dengan kunci keselamatan Kensington, lubang penyejukan, port USB dengan penutup (sesuai untuk papan kekunci tanpa wayar dan tetikus tanpa wayar), dua port USB, port mikrofon dan 3.5mm audio jack.

 

Sisi kanan

Sisi kanan tersedia butang kuasa, port Thunderbolt 3 Type-C, port USB (sokong pengecasan semasa shutdown), rangkaian Ethernet (RJ-45) dan lubang penyejukan.

Sisi belakang

Di bahagian belakang terdapat lubang penyejukan di dua sisi, port Display, HDMI dan kuasa DC.

Bahagian bawah

Empat sudut pada bahagian bawah terdapat rekaan jenis getah untuk mengelakkan licin, manakala bahagian tengah atas dilengkapi dengan lapan lubang penyejukan yang direka untuk menghilangkan haba.

 

PERISIAN PREDATORSENSE

Perisian PredatorSense terbina dalam komputer riba permainan ini membolehkan anda menyelaras overclocking, lampu latar papan kekunci dan kelajuan kipas, serta memantau suhu dan penggunaan pada CPU dan GPU.

**Info

Overclocking biasa dilakukan untuk CPU atau GPU, ia adalah tindakan untuk meningkatkan sebuah komponen clock rate, menjalankan komponen pada kecepatan yang lebih tinggi dari asalnya.

 

Lampu Latar Papan Kekunci

Salah satu tarikan pada komputer riba permainan adalah lampu latar pada papan kekuncinya, anda boleh memilih sesuka hati jenis warna yang ingin dipaparkan semasa bermain, serta boleh menetapkan arah dan kelajuan di bawah sesetengah mod.

Tetapan untuk kipas penyejuk
Overclocking

Sistem ini menyediakan 3 mod prestasi GPU, di mana mod Turbo memerlukan lebih daripada 40% kuasa bateri untuk dihidupkan kerana memerlukan bekalan kuasa yang stabil.

 

Kelajuan Kipas Penyejuk

Tetapan kelajuan kipas penyejuk dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Auto, Max dan Custom. Bunyi kipas penyejuk kedengaran dengan jelas sekiranya anda tetapkan pada mod Max, sebaliknya mod Auto atau Custom tidak begitu jelas.

 

Pantauan Suhu

Selain daripada tetapan di atas, anda juga boleh memantau suhu CPU dan GPU serta prestasi komputer riba permainan melalui perisian PredatorSense.

 

Ujian 3DMark

Setelah ujian 3DMark dijalankan, Triton 700 berjaya mendapat skor purata pada 5376 mata, di mana prestasi untuk GPU dan CPU masing-masing mencapai 5954 mata dan 3470 mata.

Secara keseluruhannya, prestasi Triton 700 ini jauh lebih baik daripada 60% peranti lain yang ada di pasaran.

 

ULASAN…

Best! Inilah akhir kata eRing setelah mencuba Acer Predator Triton 700. Walaupun harga jualan diletakkan pada RM13,999, tetapi bagi kaki gamer mesti berasa ok je sebab dengan spesifikasi yang dibekalkan memang berbaloi.

Prestasi keseluruhannya boleh dikatakan memuaskan, paparan skrin cukup menonjol dari segi kejituan warna, speaker pun cukup kuat terutama permainan jenis aksi sedang dimain. Wow~~ Apa lagi, perisian PredatorSense yang hadir bersama memang satu poin tambahan bagi yang mementingkan prestasi penggunaan.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here