Rasmi! vivo V9 Berharga RM1,399 – Kamera Depan Sokong AI Face Beauty

2287
- Iklan -

Setelah hampir seminggu teka teki mengenai peranti terbaru vivo, hari ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, vivo Malaysia telah melancarkan vivo V9 untuk pasaran tempatan berharga RM1,399.

Kepada yang berminat dengan peranti ini, anda boleh membuat pra-tempah bermula hari ini (26 Mac) sehingga 30 Mac 2018 di Lazada, 11Street dan juga Shopee. Dapatkan juga hadiah premium atau sebuah JBL Wireless Speaker sementara stok masih ada.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

Selain itu, kaki gamer Garena AOV mesti teruja sangat kerana dengan setiap pembelian vivo V9, anda akan dapat bundle karakter S-Grade Hero, Lauriel. Kempen ini akan bermula dari April sehingga September 2018.

(Dari kiri) Duta jenama vivo Janna Nick, Joyce Chu dan yang terbaru penyanyi serta pelakon Alvin Chong, bersama Mike Xu, CEO vivo Malaysia merasmikan vivo V9 di sidang media baru tadi.

Seiring dengan pelancaran tersebut, vivo juga berbesar hati untuk memperkenalkan duta terbaru mereka selain Janna Nick dan Joyce Chu iaitu Alvin Chong. Lelaki berbangsa Cina ini bukan sahaja seorang penyanyi, malah juga pelakon yang semakin meningkat naik selepas berlakon drama berjudul ‘Suri Hati Mr. Pilot’ dan juga ‘Awak Suka Saya Tak?’ bersama pelakon heroin, Emma Maembong.

Bagi yang belum tahu, vivo V9 menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan teknologi terkini, AI Face Beauty. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Baca Juga >> Leaked! Hasil Gambar vivo V9

Bakal menerima kemas kini Android 8.1 pada penghujung Mac 2018, telefon pintar ini juga dilengkapi kamera dengan fungsi HDR yang terkini, yang membolehkan pengguna mengambil gambar berlatar belakang cahaya matahari lebih baik berbanding sebelum ini. Malah, sesetengah HDR pada telefon pintar kelas-atasan di pasaran juga masih berada di takuk lama.

Salah satu ciri menarik yang ada pada V9 adalah AI Game Mode. Mod ini akan diaktifkan sebaik pengguna membuka game, dalam masa sama akan menyekat sebarang mesej dan panggilan yang masuk. Ia bermakna pengguna masih menerima panggilan dan mesej, tetapi diletakkan sebagai notifikasi latar belakang.

Baca Juga >> Leaked! vivo V9 vs iPhone X

↓↓↓ Hands-on Eksklusif! vivo V9

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here