Pra-Tempahan Samsung Galaxy S9 Kini Dibuka Di Lazada

191
**********

Beberapa hari lepas Samsung telah melancarkan siri Samsung Galaxy S9 kepada umum. Tidak sampai seminggu ianya diperkenalkan, hari ini Samsung mengumumkan peranti generasi terbaru Galaxy S9 kini boleh ditempah melalui gedung atas talian, Lazada Malaysia.

Tempoh pra-tempahan dibuka 1 Mac (hari ini) hingga 4 Mac 2018 sementara, peranti pula akan mula diterima bermula 9 Mac 2018. Peranti Galaxy S9 / S9+ dijual pada harga bermula RM3,299 dalam pilihan warna Coral Blue, Midnight Black, dan Lilac Purple.

Pelanggan hanya perlu membayar RM300 untuk pra-tempahan, manakala jumlah selebihnya perlu dilunaskan bagi mendapatkan peranti. Disamping itu, pelanggan juga boleh memilih bayaran secara ansuran bulanan 0% melalui rakan bank Lazada. Kali ini, Samsung akan memberikan hadiah eksklusif berupa speaker Harmon Onyx Mini bernilai RM699 dan hadiah eksklusif VIP.

Bagi mereka yang mungkin terlepas dalam sesi pra-tempahan ini, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S9 / S9+ bermula 19 Mac 2018 di semua wakil sah Samsung seluruh negara.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here