Pengguna Huawei Nova 2i, Jom Cuba EMUI 8.0 Oreo Beta

301
**********

Huawei Malaysia telah memulakan ujian beta untuk Android 8.0 Oreo bagi pengguna peranti Nova 2i, di mana pengguna boleh untuk menguji sistem operasi terkini EMUI 8.0 yang didatangkan bersama ciri-ciri baru.

EMUI terbaru ini dikatakan lebih pantas dalam membuka aplikasi selain ia mencatatkan peningkatan prestasi sebanyak 12%. Selain itu, ia juga lebih mesra pengguna dengan menyokong tapisan sinaran biru pada skrin mengikut persekitaran semasa. Di samping itu, ia juga hadir dengan sokongan Picture-in-Picture, split-screen, notifikasi baru dan beberapa lagi.

Kepada pengguna Huawei Nova 2i, boleh memuat turun aplikasi ujian beta hari ini. Tetapi harus di ingat, ia masih di peringkat beta dan mungkin tidak stabil untuk penggunaan harian.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here