Panggilan Terakhir Untuk Dapatkan Honor 9 Lite Berharga RM699

251
**********

Pada hari pelancaran Honor 9 Lite di Shopee, seramai 1,500 pelanggan bertuah telah membelinya pada harga RM699. Hanya mengambil masa 5 minit, sebanyak 500 unit Honor 9 Lite telah terjual. Apa yang menyedihkan, pelanggan yang selebihnya hanya mampu melihat iklan sahaja. Bagaimanapun, dengan sambutan yang hangat dan permintaan yang tinggi, Honor akan menawarkannya sekali lagi untuk pelanggan yang terlepas peluang.

Pada 14 Mac 2018 ini, kepada yang ingin membelinya pada harga diskaun iaitu RM699, anda boleh bersiap sedia dan menanda kalendar. Bermula jam 9 pagi, Honor 9 Lite boleh dibeli pada harga RM699 dengan diskaun sebanyak RM50 daripada harga asal RM749.

Honor 9 Lite menawarkan peranti dengan skrin FullView 5.65-inci beresolusi HD penuh+. Terdapat dwi-kamera di depan dan juga belakang menjadikan peranti ini memiliki empat kamera. Dikuasakan cip pemproses Kirin 659 dan RAM 3GB, ia juga menyediakan ruang storan seluas 32GB.

Honor 9 Lite boleh didapati dengan pilihan warna Sapphire Blue dan Glacier Grey.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here