Neffos C7 & Neffos C5A – Dua Model Kelas Pertengahan Untuk Swafoto!

1868
- Iklan -
Dari kiri : Paparan skrin Neffos C7, Neffos C5A & Neffos N1

Seiring dengan pelancaran Neffos N1, TP-Link turut membawa dua lagi model yang diberi nama Neffos C7 dan Neffos C5A. Neffos C7 didatangkan dengan rekaan unibodi metalik bersama paparan 5.5 inci dan berharga RM599.

Perkakasan dalaman hampir sama seperti Neffos N1 tetapi ia tidak dibekalkan sistem dwi kamera sebaliknya satu kamera 13 Megapiksel di bahagian belakang. Kamera depan pula, sensor 8 Megapiksel mampu mengambil gambar swafoto lebih cantik dibantu ciri Real-time Beautify kelas-10.

Dari kiri : Panel belakang Neffos C7, Neffos C5A & Neffos N1

Ia telah dikuasakan dengan pemproses lapan teras dari MediaTek MT6750, dan juga pengimbas cap jari yang sangat pantas pada panel belakangnya.

Sementara Neffos C5A pula ditawarkan pada harga lebih murah, iaitu RM299. Menampilkan paparan skrin berukuran 5.0 inci beresolusi 854×480 piksel, ia turut dibekalkan dengan penggambaran utama 5 Megapiksel, ROM 8GB dan RAM 1GB serta bateri berkapasiti 2300mAh.

Kamera swafoto Neffos C5A hadir dengan mod Beauty

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here