MWC 2018 : vivo & China Mobile Bekerjasama Untuk Menawarkan Peranti Dengan Rangkaian 5G

893
**********

Sebelum ini, OPPO dan Qualcomm telah menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan peranti 5G menjelang 2019. Terbaru, vivo juga tidak mahu ketinggalan dengan mengumumkan kerjasama bersama China Mobile pada GTI Summit 2018 di acara MWC 2018 hari ini.

Menggabungkan 5 pengeluar telefon terkenal termasuk vivo, program ini bertujuan untuk memperkenalkan peralatan rangkaian 5G sebagai percubaan ke peringkat tinggi. Dengan rangkaian 5G, pengguna akan ditawarkan rangkaian liputan yang lebih menyeluruh termasuk kepantasan dalam muat naik dan muat turun, kualiti panggilan video lebih baik, dan kelancaran melayari pelayar.

Di samping itu, vivo juga bakal memperkenalkan telefon pintar dengan rangkaian 5G dan ia juga meliputi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilihat akan menjadi trend semasa pada tahun ini.

vivo merancang untuk memperkenalkan peranti dengan rangkaian 5G pada 2019 dan melancarkannya secara rasmi menjelang 2020.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here