MWC 2018: Siri Baharu Qualcomm Snapdragon 700, Ciri-ciri Premium Berharga Mesra

324
**********

Pada MWC 2018 tahun ini, selain peranti pintar menjadi fokus utama bagi seluruh dunia, teknologi juga merupakan salah satu kepentingan yang tidak boleh diabaikan pada zaman moden kini. Justeru itu, syarikat Qualcomm mengambil kesempatan memperkenalkan siri Qualcomm Snapdragon 700 Mobile Platform terbaru pada MWC 2018.

Siri terbaru ini diletakkan di antara siri pertengahan Snapdragon 600 dan siri premium Snapdragon 800, ia jelas menunjukkan siri ini akan lebih menumpukan pada ciri-ciri premium SD800 tetapi dengan harga yang lebih mesra seperti SD600. Ini bermakna pengguna dapat membelanjakan wang yang sedikit untuk peranti yang lebih bagus.

Secara khususnya, siri SD700 akan mengekalkan keunikan pada SD600 dan pada masa yang sama turut akan mengemaskini di samping mempertingkatkan keupayaan AI, kamera dan prestasinya.

Walaupun masih tidak ketahui spesifikasi yang lebih mendalam pada SD700, namun apa yang pasti, kuasa pengkomputeran AI-nya meningkat dua kali ganda, kecekapannya meningkat sebanyak 30%, prestasi yang lebih tinggi dan mempunyai bateri yang lebih tinggi hangka hayatnya berbanding SD600.

Menurut Qualcomm, ketersediaan SD700 yang pertama akan diedarkan kepada pengeluar peranti pintar pada pertengahan tahun 2018 ini, ini bermakna kita mungkin dapat melihat peranti dengan pemproses Snapdragon 700 bakal diperkenalkan akhir tahun 2018 atau seawal tahun 2019 nanti.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here