MWC 2018 : LG G7 Neo – Sokong Paparan Skrin 6.0 Inci, RAM 4GB/6GB & Dwi Kamera 16 MP

877
**********

Pada pameran MWC 2018, LG telah mengumumkan V30S ThinQ, versi yang dinaiktaraf sedikit berbanding model terdahulu, LG V30. Terbaru, berdasarkan laporan dari pihak media Israel, selain model tersebut LG juga telah mempamerkan sebuah lagi model telefon pintar yang diberi nama LG G7 Neo.

Menurut sumber Ynet, telefon pintar ini telah dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845 yang ditawarkan dalam dua pilihan memori iaitu RAM 4GB/64GB ROM atau RAM 6GB/128GB ROM. Menampilkan paparan skrin 6.0 inci OLED beresolusi 3120×1440 piksel, LG G7 Neo turut dilengkapi dwi kamera 16 Megapiksel serta sokongan pengimbas cap jari.

Selain itu, LG G7 Neo menyokong bateri berkapasiti 3000mAh dan dijana oleh sistem operasi Android 8.0 Oreo. Namun begitu, model ini dilihat agak misteri kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak LG sendiri.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here