Motorola Razr Bakal Membuat ‘Comeback’ Tahun Ini?!

813

Masih ingat telefon keluaran Motorola Razr yang popular suatu masa dahulu? Telefon yang bersaiz nipis pada ketika itu berjaya membuatkan pengguna telefon ini tampil elegen dengan rekaannya.

Terbaru, CEO Motorola turut mengesahkan mereka mungkin bakal membuat ‘comeback’ dengan memperkenalkan Motorola Razr versi terbaru pada tahun ini. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang rekaan dan spesifikasi yang diumumkan Motorola, tetapi kami yakin Motorola masih lagi mempunyai peminatnya tersendiri.

Trend pengeluar telefon pintar mengeluarkan kembali model yang pernah popular suatu masa dahulu juga dilihat menjadi kebiasaan apabila Nokia turut mengumumkan model Nokia 8810 pada acara MWC 2018 baru-baru ini.

Adakah anda pernah menggunakan Motorola Razr? Kepada peminat telefon ini, nantikan pelancaran rasmi dari Motorola.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here