Mod Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Kini Dilihat Di Indonesia

519
**********

Pada November 2017, Waze telah memperkenalkan fungsi baru khas untuk penunggang motosikal. Selain itu, pada Disember 2017 juga mod motosikal untuk Google Maps telah diaktifkan di India. Semalam, mod navigasi untuk motosikal di Google Maps telah mula dilihat di Indonesia.

Dengan mod navigasi motosikal, laluan terpantas untuk kenderaan dua roda (motosikal) akan dipaparkan di dalam aplikasi Google Maps. Sebelum ini hanya laluan optimum untuk kenderaan pancuan empat roda sahaja akan dipaparkan.

Umum diketahui, apabila berlaku kesesakan jalan raya, motosikal masih boleh bergerak pantas tidak seperti kereta dan lori. Dengan pelancarannya di Indonesia, kami berharap mod ini akan turut hadir ke Malaysia dalam masa terdekat ini.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here