Microsoft Surface Book 2 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Bermula RM6,899

190
**********

Dalam artikel sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai pelancaran rasmi Surface Book 2 dalam masa terdekat. Hari ini, komputer riba 3 dalam 1 ini telah rasmi diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM6,899.

Ditawarkan dalam dua pilihan paparan skrin, Surface Book 2 berukuran 13.5 inci menyokong dua pilihan pemproses iaitu Intel Core i7 atau i5, memori RAM 8GB mahupun 16GB serta ROM 256GB dan 512GB.

Manakala Surface Book 2 berukuran 15 inci pula dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7, 16GB RAM dengan dua pilihan ROM sama ada 256GB mahupun 512GB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060. Kesemua varian yang diperkenalkan ini ditawarkan masa operasi sehingga 17 jam.

Selain rekaan nipis, papan kekunci Surface Book 2 boleh dicabut dan komputer riba ini boleh dilipat untuk dijadikan sebagai tablet. Dijual bermula 15 Mac 2018 bagi model Surface Book 2 berukuran 13.5 inci dan 29 Mei 2018 untuk model Surface Book 2 berukuran 15 inci. Ia boleh didapati dari pengedar sah Microsoft.

Harga untuk kesemua model ini adalah seperti berikut :

  • 13.5 inci, Intel Core i5, 256GB SSD, 8GB RAM, Intel HD Graphic 620 – RM6,899

  • 13.5 inci, Intel Core i7, 256GB SSD, 8GB RAM, NVIDIA GeForce GTX 1050 – RM8,899

  • 13.5 inci, Intel Core i7, 512GB SSD, 16GB RAM,NVIDIA GeForce GTX 1050 – RM11,199

  • 13.5 inci, Intel Core i7, 1TB SSD, 16GB RAM,NVIDIA GeForce GTX 1050 – RM13,399

  • 15 inci, Intel Core i7, 256GB SSD, 16GB RAM, NVIDIA GeForce GTX 1060 – RM10,799

  • 15 inci, Intel Core i7, 512GB SSD, 16GB RAM, NVIDIA GeForce GTX 1060 – RM12,499

  • 15 inci, Intel Core i7, 1TB SSD, 16GB RAM, NVIDIA GeForce GTX 1060 – RM14,199

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here