Mesej Dekat WhatsApp Kini Boleh Padam Dalam Masa Sejam

224
**********

WhatsApp merupakan aplikasi sembang sosial atau aplikasi permesejan yang wajib ada pada setiap telefon pintar masa kini. Apa yang ditawarkan oleh WhatsApp di dalam aplikasi tersebut boleh dikira puas hati kerana ia membolehkan kita menghantar dan menerima teks mesej, pesanan suara, panggilan telefon, panggilan video, gambar, video, dan juga fail.

Bagaimanapun, ada juga kekurangan apabila menggunakan WhatsApp. Jika sebelum ini pengguna hanya boleh memadam mesej yang dihantar dalam masa 7 minit. Kini dengan kemas kini versi 2.18.31, pengguna boleh memadamkan mesej ‘terlanjur’ dalam masa 1 jam 8 minit 16 saat. Ciri “Delete For Everyone” ini hanya boleh dilakukan jika penerima belum membaca mesej yang dihantar.

Oleh kerana WhatsApp telah menambah had masa untuk memadam mesej, ia adalah satu berita yang baik untuk semua. Untuk menggunakan “Delete For Everyone”, pengguna hanya perlu tap pada mesej yang ingin dipadam dalam satu ke dua saat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here