Maxis Bawa Kembali Pelan Zerolution Untuk Apple iPhone X

248
**********

Maxis sebelum ini telah menamatkan promosi memiliki iPhone dalam pelan Zerolution. Hari ini, pelanggan Maxis boleh menarik nafas lega apabila Maxis kembalikan semula pelan Zerolution model iPhone. Istimewanya, mereka yang berminat boleh mendapatkan peranti terbaru, iPhone X.

Pada kali ini, syarat yang dikenakan berbeza sekali dengan yang terdahulu. Pelanggan kini tidak boleh menukar iPhone selepas 12 bulan sebaliknya perlu menghabiskan kontrak selama 24 bulan atau membayar baki harga peranti untuk menamatkan kontrak.

Walau bagaimanapun, wang pendahuluan untuk membawa pulang iPhone tidak akan dikenakan. Pelanggan hanya dikenakan ansuran bulanan dan bil pascabayar sekaligus setiap bulan menggunakan kad kredit melalui pelan ansuran mudah (EPP). Permohonan perlu dibuat di stor Maxis yang sah.

Maxis Zerolution menawarkan Apple iPhone X dengan varian 64GB dan 256GB. Anda boleh semak jadual pelan dan harga di bawah :

Maklumat lanjut berkenaan pelan Zerolution, anda boleh layari laman rasmi Maxis bermula hari ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here