Laman Sesawang Rasmi Digi Tidak Dapat Diakses – Berikutan Trafik Sesak

168
**********

Semalam kami melayari laman sesawang Digi dan mendapati halaman tersebut sukar untuk diakses. Kami jangkakan ia hanya mengambil masa yang singkat untuk kembali seperti sedia kala, malangnya sehingga kini laman rasmi tersebut masih lagi sukar untuk diakses – senang cerita sekejap elok sekejap tek elok.

Satu notis terpampang selepas beberapa kali butang refresh ditekan. Dalam notis tersebut Digi memberitahu bahawa halaman mereka kini sedang mengalami kesesakan trafik disebabkan pengguna yang ramai.

Oleh itu, Digi menasihati pengguna agar menelefon di talian 0162211800 untuk sebarang maklumat mengenai pelan, membayar bil atau tambah nilai terus melalui JomPay, Maybank 2U, mesin ATM, pejabat pos, atau kiosk Digi yang berdekatan.

Buat masa ini, Digi masih belum mengumumkan bilakah laman ini akan beroperasi seperti sedia kala. Kami sarankan anda untuk melakukan pembayaran bil seperti yang dimaklumkan di atas.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here