Kolaborasi Digi Bersama Grab Menawarkan Lebih Ganjaran Kepada Pelanggan!

948

Digi hari ini telah mengumumkan kerjasama bersama Grab Malaysia untuk memberi lebih ganjaran kepada pelanggan Grab. Kerjasama selama setahun ini membolehkan pelanggan Grab menikmati hiburan di dalam kereta Grab. Ini kerana sebanyak 1000 buah tablet yang menggunakan rangkaian Digi 4G Plus akan digunakan di dalam kereta Grab di seluruh Lembah Klang.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menebus tambah nilai Digi bernilai RM5 dengan 750 mata ganjaran GrabRewards, melalui aplikasi Grab yang eksklusif untuk semua peringkat.

Sebagai bonus, pemandu Grab yang merupakan pelanggan Digi Pascabayar juga akan mendapat hadiah istimewa dari Digi dan Grab. Digi berharap pelanggan Grab dapat menikmati hiburan HD semasa dalam perjalanan.