[Khabar Angin] Xiaomi Mi 7 Dilengkapi Pengecasan Tanpa Wayar

264
**********

Pada artikel sebelum ini eRing ada bawakan artikel mengenai spesifikasi peranti induk akan datang Xiaomi Mi 7 yang tertiris. Melalui kandungan tersebut, peranti ini akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 845 dan RAM sehingga 8GB bersama bateri berkapasiti besar iaitu 4,480mAh.

Bagaimanapun, ada khabar angin terbaru yang dipetik daripada arena sesawang mengatakan Xiaomi Mi 7 akan dilengkapi fungsi pengecasan tanpa wayar. Spekulasi ada mengatakan Xiaomi telah cuba menyertakan nama didalam Konsurtium Kuasa Tanpa Wayar (WPC) pada bulan September tahun lepas.

Jika ia benar, Xiaomi Mi 7 bakal memperlihatkan sokongan pengecasan tanpa wayar menggunakan standard Qi. Kepantasan proses mengecas pula mungkin menyokong sehingga 7.5W – jumlah yang sama diperkenalkan pada peranti iPhone 8 dan iPhone X. Untuk pengetahuan, standard Qi mempunyai versi yang berlainan. Pada peranti ini ia mengguna pakai versi 1.1 berbanding versi 1.2 yang menyokong sehingga 15W.

Oleh itu, kita mungkin bakal melihat Xiaomi Mi 7 lengkap dengan panel belakang gelas sebagaimana peranti induk lain di pasaran.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here