[Khabar Angin] Apple Bakal Mengeluarkan iPhone X Bersaiz Besar – Dikenali Sebagai iPhone X Plus

453
**********
(Dari kiri) iPhone X vs iPhone X Plus Konsep

Berita mengenai Apple akan menghasilkan iPhone dengan paparan skrin lebih besar, iaitu bersaiz 6.5 inci bukanlah sesuatu yang baru, kerana berita ini sudah dibualkan sejak tahun lepas lagi.

Terkini, khabar angin ini timbul semula dan kali ini ia turut diiringi dengan dua lagi model lain. Pada tahun 2018 kita mungkin dapat melihat tiga buah model baru iPhone X yang hadir bersama tiga saiz paparan skrin berbeza.

Malah gambar yang tersebar juga dikatakan sebagai skrin paparan iPhone X Plus dikeluarkan oleh LG di Vietnam. iPhone X yang hadir dengan paparan skrin besar mungkin menggunakan nama iPhone X Plus yang menampilkan paparan skrin OLED berukuran 6.5 inci beresolusi 1242×2688 piksel.

Model yang ketika ini menggunakan kod nama D33 akan hadir dengan sokongan dua kad SIM, pemproses A12 serta panel belakang diperbuat dari kaca bagi membolehkan anda melakukan pengecasan tanpa wayar. Ia juga akan hadir dengan pilihan warna emas.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here