Kedai Konsep Pertama Legion Dilancarkan Di Digital Mall

600

Lenovo merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Permintaan yang memberansangkan dari kalangan peminat tempatan membuatkan Lenovo mengambil keputusan untuk membuka kedai konsep Legion yang pertama di negara ini.

Berada di lokasi yang strategik, peminat laptop gaming kini boleh mengunjungi kedai konsep Legion di Digital Mall, Petaling Jaya. Premis seluas 930 kaki persegi ini menyediakan zon pengalaman kepada pengunjung untuk mencuba sendiri peranti realiti maya (VR) dan barisan produk komputer Legion yang dipamerkan.

Sehubungan dengan itu, ia sekaligus dapat memberi lebih banyak pilihan kepada peminat komputer gaming di Malaysia.

Dalam masa sama, Lenovo turut mengadakan promosi untuk produk terpilih mereka. Bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2018, pelanggan boleh mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM508 apabila mereka membeli produk Legion di kedai eksklusif Lenovo atau kedai rasmi atas talian.

  • Beli Lenovo Legion Y520, Percuma aksesori gaming seperti tetikus M200 dan alas tetikus ATAU beg galas tahan lasak dengan tetikus.
  • Beli Lenovo Legion Y720, Percuma aksesori gaming seperti beg galas tahan lasak dan tetikus M200.
  • Beli Lenovo Legion Y920, Percuma aksesori gaming seperti beg galas tahan lasak, fon kepala Y, tetikus Y, dan alas tetikus.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here