Kata Kunci ‘Bff’ Bukan Bermakna Akaun Facebook Digodam

210
**********

Beberapa hari lepas sejumlah pengguna Facebook khususnya di Malaysia kecoh mengenai akaun Facebook akan digodam sebaik menggunakan abjad ‘bff’ di mana-mana ruangan komen. Selain itu, ada sesetengah individu mendakwa ia merupakan kaedah untuk mengetahui sama ada akaun telah digodam ataupun tidak.

Animasi ‘bff’

Bagaimanapun, apa yang kami boleh katakan ia tidak benar sama sekali kerana ia hanyalah animasi atau efek khas. Ia sama seperti efek yang terpapar sebaik anda memasukkan kata kunci ‘Tahniah’ atau ‘Selamat’.

Jadi kepada para pengguna Facebook, anda tidak perlu risau akan akaun digodam atau maklumat dicuri melainkan anda memasukkan data peribadi ke mana-mana pautan yang ada didalam Facebook.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here