Huawei Nova 2 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Mac Ini

908
- Iklan -

Huawei Malaysia telah menghantar jemputan kepada kami untuk sama-sama menghadiri pelancaran rasmi Nova 2 Lite yang akan berlangsung pada 15 Mac ini.

Nova 2 Lite akan menampilkan paparan skrin bersaiz 5.99 beresolusi 1440×720 piksel dengan paparan hampir penuh, dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 430 serta menyokong RAM 3GB dan 32GB storan.

Dari segi penggambaran pula, telefon pintar ini mungkin dilengkapi dwi kamera utama 13MP + 2MP, kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel serta sokongan teknologi pengimbas muka serta pengimbas cap jari.

Kami menjangkakan harga Huawei Nova 2 Lite adalah di bawah RM1000? Berapa anda sanggup bayar untuk telefon pintar ini? Nantikan berita selanjutnya dari kami pada 15 Mac ini.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here