honor 7X & honor 9 Lite Kini Dilengkapi Sokongan Pengecaman Wajah!

475
**********

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai honor 7X yang akan menyokong ciri Face Unlock tidak lama lagi. Hari ini, pihak honor mengumumkan di mana honor 7X dan honor 9 Lite kini menyokong ciri baru iaitu sokongan pengecaman wajah, Face Unlock.

Dengan kehadiran ciri ini ia memudahkan lagi pengguna untuk membuka peranti malah juga membantu pengguna membaca notifikasi tanpa membukanya kerana sistem pengecaman ini mampu membaca 1000 titik di wajah anda.

Kemas kini Face Unlock telah tersedia pada honor 7X bermula hari ini, manakala bagi honor 9 Lite pula adalah bermula 3 April 2018. Bagi anda yang memiliki salah satu peranti ini apa kata cuba semak di ruangan tetapan peranti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here