Honor 7C Dilancarkan Dengan Skrin 18:9 Dan Kamera Sokongan Bokeh

436
**********

Sebuah lagi telefon pintar telah dilancarkan oleh Honor. Kali ini syarikat China itu memperkenalkan Honor 7C membawakan ciri-ciri sebuah telefon pintar kelas pertengahan-bawah. Setakat ini ia dilancarkan di China pada harga bermula CNY899 (~RM555) seunit.

 

Honor 7C hadir dengan paparan 5.99-inci HD+ dengan nisbah skrin 18:9 bersama panel gelas 2.5D. Isi dalaman dipenuhkan dengan cip pemproses Snapdragon 450, RAM 3GB atau 4GB, dan ruangan storan 32GB atau 64GB diikuti sokongan kad microSD.

Didatangkan bersama konfigurasi dwi kamera, kamera belakang menyediakan sensor 13 MP dan 2 MP dengan sokongan bokeh untuk gambar latar belakang kabur. Sementara kamera depan menempatkan kamera 8 Megapiksel.

Sistem operasi pula dijana EMUI 8.0 yang ditemani Android 8.0 Oreo terus dari kotak. Terdapat pengimbas cap jari di sebelah belakang peranti, malah ia juga menawarkan sistem nyahkunci peranti melalui ciri Face Unlock.

Honor 7C didatangkan dengan piihan warna Hitam, Emas, Merah, dan Biru. Terlebih dahulu, ia akan mula dijual di pasaran China pada 13 Mac 2018.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here