GoPro Melancarkan Dua Kamera Aksi Untuk Pasaran Tempatan – Hero & Fusion

246
**********
GoPro Fusion & GoPro Hero

Kamera aksi merupakan peranti wajib perlu dibawa jika anda seorang individu yang sukakan aktiviti lasak. Bagaimanapun, sehingga hari ini ramai diantara pengguna lebih tertumpu pada jenama GoPro kerana ia sebuah produk berkualiti dari segi ketahanan dan penggambaran. Hari ini, telah melancarkan dua model kamera aksi secara rasmi di pasaran malaysia iaitu GoPro Hero dan GoPro Fusion.

Apa yang menariknya kamera aksi GoPro Hero, ia menawarkan harga mampu milik iaitu berharga RM949. Sebuah kamera aksi kelas pertengahan yang menampilkan paparan skrin sentuh bersaiz 2.0 inci dan mampu membuat rakaman video dengan resolusi maksimum 1440P 60fps serta berkebolehan mengambil gambar pula ialah sehingga 10 Megapiksel.

GoPro Hero

Lebih menarik, dengan harga mampu milik, GoPro Hero masih menyokong pengiktirafan kalis air sehingga 10 meter dan hadir dengan sokongan arahan suara. Namun begitu, kamera aksi ini tidak menggunakan sensor GP1 serta tiada sokongan GPS.

Sebuah lagi model yang diperkenalkan adalah GoPro Fusion yang dijual pada harga RM3,199. GoPro Fusion dibina dengan reka bentuk sedikit besar untuk membenarkan dwi kamera beraksi.

Menempatkan lensa sudut lebar 180-darjah di kedua-dua sensor 18 Megapiksel yang menyokong rakaman video beresolusi format 5.2K, kamera aksi ini juga boleh disambung ke peranti realiti maya (VR) untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.

Masih mengekalkan identiti sebagai kamera tahan lasak, GoPro Fusion dilengkapi kerangka badan kalis air pada kedalaman maksimum 16 kaki dan juga kalis debu. Ciri pintar juga boleh digunakan dengan menggunakan arahan suara.

GoPro Fusion

 

Beli di >> Lazada

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here