Beli Laptop ASUS ROG Dan Dapatkan Jam G-Shock ROG X Edisi Terhad

221
**********

Jam G-Shock merupakan jam paling popular yang diguna pakai oleh semua golongan manusia di muka bumi. Ia tidak mengira peringkat umur malahan jam ini juga boleh dijadikan ‘aset’ untuk dijual semula di masa kelak.

Hari ini melalui kolaberasi ROG dan G-Shock, para peminat komputer ASUS ROG berpeluang untuk mendapatkan seutas jam tangan G-Shock ROG X Edisi Terhad dalam kempen ‘Beli dan Menang’. Apa yang perlu anda lakukan ialah, beli mana-mana model laptop gaming GL503 Scar Edition, GL703, GL703 Scar Edition, GX501, atau G703 untuk mendapatkan jam idaman secara percuma bernilai RM699.

Bagi melayakkan diri, pelanggan perlu membeli laptop yang dinyatakan di atas di mana-mana kedai wakil sah bermula 1 Mac hingga 25 April 2018. Selepas pembelian dibuat, pelanggan perlu menyimpan resit bayaran – bersama butir-butir yang menunjukkan laptop dibeli di kedai tersebut untuk diisi di dalam borang atas talian iaitu “Time To ROG”. Dalam masa dua minggu, pelanggan akan dihubungi untuk membuat pengesahan. Jam yang ditawarkan terhad kepada 100 unit sahaja.

Dalam masa sama, untuk pembelian model terpilih seperti GL553VD, GL553VE, atau GL503 Hero Edition, sebanyak 16 unit G-Shock X ROG Edisi Terhad akan diberikan kepada pemenang mingguan.

Pengumuman pemenang akan dibuat di laman sosial Facebook dan Instagram pada 9, 16, 23, 30 Mac 2018, dan 6, 13, 20, 27 April 2018. Sila semak kedai wakil sah di sini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here