ASUS ZenFone 3 Laser/Deluxe/Zoom Terima Android 8.0 Oreo Bulan Ini

260
**********

Peranti ASUS ZenFone 3 telah dipasarkan secara global bermula pada tahun 2016. Jika dikira hingga ke saat ini, peranti ini sudah agak lama di pasaran. Sudah tentu perisian dalaman juga tidak setanding peranti yang dihasilkan sekarang.

Jangan kecewa kerana ada berita baik untuk pengguna barisan peranti ASUS ZenFone 3. ASUS baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menawarkan kemas kini Android 8.0 Oreo kepada semua pengguna bermula minggu ini. Peranti yang dimaksudkan ialah ZenFone 3 Laser (ZC551KL), ZenFone 3 Deluxe (ZS550KL), dan ZenFone 3 Zoom (ZE553KL).

Kemas kini yang akan diterima tidak lama lagi boleh dimuat turun melalui kaedah OTA (Over-The-Air) terus melalui telefon sehingga penghujung bulan Mac ini. Buat masa sekarang, pihak ASUS masih belum mengulas lanjut mengenai versi yang akan dikeluarkan.

Adakah anda masih setia menggunakan peranti ASUS ZenFone 3 dan berasa gembira dengan berita baik ini? Tinggalkan komen anda.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here