7000 Unit Huawei Nova 2 Lite Terjual Dalam Masa 96 Jam

889
- Iklan -

Huawei nova 2 Lite baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pertengahan bulan ini. Peranti yang menyediakan kelengkapan dalaman berspesifikasi pertengahan-bawah ini dijual pada harga RM799, malahan pada harga sebegini sudah pasti ianya berpatutan dan mampu milik.

Hari ini, melalui kongsian daripada pihak Huawei Malaysia, mereka mengesahkan bahawa sebanyak 7,000 unit nova 2 Lite berjaya dijual sepanjang empat hari pertama penjualan. Mereka juga menerima respon positif daripada pengguna mengenai rekaan peranti yang cantik walaupun harga yang dijual tidak terlalu tinggi.

Huawei nova 2 Lite merupakan sebuah telefon yang dilengkapi paparan FullView Display 6-inci dengan cip pemproses Snapdragon 430. Selain itu, ia ditemani RAM 3GB dan saiz storan seluas 32GB yang menyokong kad mikroSD dan dua slot untuk nano SIM (1+2). Melengkapkan peranti ialah sistem operasi Android Oreo dan antaramuka EMUI 8.0 terus daripada kotak.

Bagi yang masih mencari telefon di bawah harga RM1,000, peranti ini boleh dipertimbangkan.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here