Vivo APEX – Peranti Konsep Dengan Rekaan Futuristik

663

Vivo yang semakin hari semakin maju dalam penghasilan telefon pintar hari ini berkongsi maklumat mengenai peranti konsep mereka. Mendukung nama vivo APEX, telefon pintar ini hadir dengan rekaan masa hadapan yang diiktiraf sebagai telefon pintar dengan bezel paling nipis di dunia.

Mengenakan paparan penuh teknologi FullView, telefon ini juga satu tahap di hadapan menerusi pengimbas cap jari pada separuh skrin – tidak pada vivo X20 Plus UD, hanya ruang kecil sahaja boleh diakses untuk mengimbas jari. Tidak cukup dengan itu, ia diperkenalkan dengan teknologi kejuruteraan kamera, speaker, dan elemen sensor jauh lebih baik daripada telefon pintar konvensional yang lain.

Badan peranti ini memberikan rekaan yang kompak dengan ketebalan bezel hanya 1.8mm sekaligus nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 98%. Dari segi sistem audio, vivo membawakan teknologi Screen SoundCasting membolehkan keseluruhan skrin menghasilkan audio. Teknologi ini akan menghantar gegaran melalui skrin tidak seperti speaker tradisional.

Kamera depan pula dipadankan dengan sensor 8 Megapiksel. Kamera ini akan keluar dari bingkai telefon sekiranya diperlukan, atau ia akan tersimpan jika tidak digunakan. Rekaan ini sama sekali tidak pernah kita fikirkan untuk sebuah telefon pintar.

Jadi, dengan perkongsian teknologi peranti konsep vivo APEX ini, kita boleh melihat menjelang tahun 2020 nanti telefon pintar akan menjadi lebih futuristik seakan filem sains fiksyen.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here