Sony α7 III – Akan Dijual Di Pasaran Malaysia April 2018 Ini

790

Sony yang terkenal dengan kamera jenis Full-frame Mirrorless telah mengumumkan sebuah model terbaru yang diberi nama α7 III.

Kamera ini mempunyai badan yang kompak dengan isi dalaman yang begitu mantap. Gabungan 24.2 Megapiksel dan sensor Exmor R CMOS kini menyokong rakaman berterusan sehingga 10fps bersama auto fokus penuh. Imej lebih menonjol dengan adanya sokongan video 4K HDR di samping fungsi pengurangan noise. Ia dikuasakan oleh pemproses BIONZ X dengan kelajuan 1.8 kali lebih pantas dari sebelumnya.

Sony α7 III juga memiliki 693 poin auto fokus yang sama dengan kamera Sony A9 serta menyokong penggunaan lensa E-mount dari Sony. Sekaligus membolehkan gambar di bawah cahaya malap diambil 2 kali lebih pantas dan efisyen.

Dilengkapi penstabilan imej 5-paksi ditala untuk menyokong rakaman beresolusi tinggi dengan 5.0 kelebihan kelajuan shutter. Untuk memudahkan pengguna, ia hadir dengan dua slot kad SD, sambungan port USB Type-C dan HDMI serta sambungan tanpa wayar WiFi, Bluetooth dan juga NFC.

Kamera bersaiz kompak yang seberat g berkeupayaan tinggi ini direka khusus buat mereka yang profesional dalam bidang fotografi, videografi, dan pembikin multimedia. Pihak Sony masih belum memaparkan tanda harga, bagaimanapun Sony α7 III akan mula dijual di Malaysia pada April ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here