MWC 2018 : Sandisk Extreme, Kad microSD Berkapasiti 400GB Terpantas Di Dunia!

346
**********

Jika diperhatikan rata-rata telefon pintar menyokong slot kad memori microSD dengan sokongan kapasiti maksimum setakat 256GB sahaja. Namun ada juga pengeluar yang hadir dengan telefon pintar yang mampu menyokong kad memori microSD berkapasiti mencecah sehingga 2TB.

Terbaru, Western Digital yang mengambil bahagian pada pameran MWC 2018 telah memperkenalkan kad memori microSD dengan sokongan kapasiti sebesar 400GB iaitu SanDisk Extreme UHS-I microSDXC 400GB. Walaupun ia bukanlah kad memori yang paling besar setakat ini, tetapi ia merupakan kad microSD terpantas di dunia. Dari segi kepantasan maksimum, kad microSD ini berkelajuan 160MB/s, 50% lebih pantas dari model sebelumya serta kepantasan menulis sehingga 90MB/s.

Selain itu, Sandisk Extreme juga mematuhi tetapan A2 yang mana membolehkan aplikasi dilancarkan dengan pantas pada telefon pintar. Dengan kepantasan tersedia, rakaman video 4K yang popular masa kini dapat dibuat dengan lebih panjang.

Buat masa sekarang, Western Digital masih belum mengumumkan harga rasmi untuk pasaran tempatan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here