Samsung Pay Beri 2x Mata Ganjaran Sempena Ulangtahun Pertama

206
**********

Setelah setahun Samsung Pay dilancarkan di Malaysia, hari ini pihak Samsung berkongsi maklumat mengenai ketersedian rakan dagang mereka di seluruh negara.

Kini, para pengguna bebas untuk membeli-belah di lebih 8,000 kedai yang mengambil bahagian. Sambil itu, anda boleh dapatkan mata ganjaran Samsung Pay untuk ditebus. Bersempena menyambut ulangtahun yang pertama, pengguna aplikasi Samsung Pay boleh menikmati 2x mata ganjaran bermula pada 2 hingga 4 Mac 2018.

 

Mengumpul mata ganjaran melalui Samsung Pay membolehkan pengguna menaik taraf tahap untuk membawa pulang hadiah eksklusif Samsung dan ganjaran kupon. Misalnya, kepada mereka yang masih menduduki tahap Gold, anda boleh mengumpul mata sehingga 4,000 semasa promosi dijalanakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi Samsung Pay atau muat turun di Google Play Store.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here