Samsung Galaxy S9 Dikesan Di Pengkalan Data SIRIM

282
**********

Tanpa kita sedar Samsung telah membawa masuk Samsung Galaxy S9 ke Malaysia lebih awal dari tarikh pelancarannya hujung minggu ini. Berdasarkan pengkalan data dan pensijilan SIRIM mendapati peranti terbaru ini telah menjalani ujian dan telah mendapat kelulusan untuk dipasarkan tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing menggunakan kod nama SM-G960F/DS dan SM-G965F/DS. Perkataan ‘DS’ yang digunakan ialah merujuk kepada varian dwi-SIM dengan cip pemproses Exynos 9810.

Perubahan yang dilakukan pada model kali ini ialah pada jabatan kamera. Kini, sensor tunggal yang ada pada Galaxy S9 mampu merakam gambar pada aperture f/1.5 atau f/2.4 mengikut kesesuaian. Manakala Galaxy S9+ dilengkapi sistem dwi kamera salah satunya dengan lensa telefoto.

Selain itu, jurutera Samsung juga dikatakan telah membangunkan teknologi kamera yang mampu merakam video gerak-perlahan pada 480fps dengan resolusi HD penuh 1080p. Sistem audio stereo pula lebih hebat dengan talaan AKG yang kini telah dimiliki oleh Samsung.

Kami menjangkakan peranti ini akan mula memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan berikutan Malaysia adalah pasaran utama Samsung.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here