Samsung Galaxy S9 Dijual Pada Harga Bermula RM3,299 Di Malaysia Pertengahan Bulan Depan

935
- Iklan -

Selepas pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ secara rasmi, Presiden Samsung Malaysia turut bertemu pihak media Malaysia untuk mengulas lanjut selain mengumumkan harga peranti tersebut bagi pasaran tempatan.

Yoonsoo Kim memaklumkan pasaran Malaysia tetap menjadi pasaran utama Samsung malah akan menjadi negara gelombang pertama yang akan menerima peranti ditunggu-tunggu ini. Bagi yang berminat, peranti tersebut boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 16 Mac 2018. Bagi yang ingin membuat pra tempahan, mereka boleh menempah pada Khamis ini, 1 Mac hingga 4 Mac 2018. Setiap pra-tempahan yang dibuat, pelanggan akan menerima hadiah percuma sebuah speaker Harmon Kardon bernilai RM699.

Berkenaan harga, Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dijual pada harga :

  • Galaxy S9 (64GB) – RM3,299
  • Galaxy S9 (128GB) – RM3,799
  • Galaxy S9+ (128GB) – RM3,999
  • Galaxy S9+ (256GB) – RM4,399

Berdasarkan harga yang diumumkan, peminat Galaxy S9 diberi pilihan untuk memiliki peranti idaman dalam julat harga RM3,299 untuk varian asas, manakala RM4,399 untuk varian paling atas. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray, dan Lilac Purple.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here