Previu Eksklusif : 5 Peranti Nokia Terbaru Mampu Menggamit Hati Anda

417
**********

HMD Global hari ini telah mengadakan satu majlis perjumpaan bersama media secara tertutup di sebuah Restoran di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Apa yang dikongsikan oleh mereka ialah berkenaan portfolio syarikat mengenai kebangkitan Nokia secara global sejak kebelakangan ini.

Antara media yang hadir

Pihak HMD menyatakan jenama Nokia kini mula diterima orang ramai selepas kejatuhan mereka dalam arena telefon pintar dalam setengah dekad yang lalu. Apa yang kita telah tahu, suatu masa dahulu jenama Nokia adalah jenama paling popular di dunia – boleh dikatakan setiap pengguna telefon di dunia memilikinya sebuah.

Pada majlis yang sama, kami juga diberi peluang untuk merasai dan melihat sendiri dengan lebih dekat peranti-peranti terbaru Nokia yang baru sahaja dilancarkan pada 25 Mac lalu di acara MWC 2018.

(Dari kiri) Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus, Nokia 6 (2018), Nokia 1, dan Nokia 8110 4G.

Di bahagian bawah kami ada kongsikan pengalaman memegang peranti Nokia 1, Nokia 6 (2018), Nokia 7 Plus, dan Nokia 8 Sirocco serta Nokia 8110 4G – sebuah telefon pintar generasi kedua yang pernah dikeluarkan hampir sedekad lalu.

 

Nokia 1

Antara telefon pintar yang terawal membawakan sistem operasi Android Oreo Go Edition. Saiz badan diperbuat dengan bahan plastik tahan lasak – sama seperti yang pernah digunakan pada Nokia 3310. Pengguna juga boleh menukar panel plastik di belakang dengan pelbagai warna ceria (dijual secara berasingan).

Baca juga: MWC 2018 : Nokia 1 Diperkenalkan Dengan Android Oreo Go Edition

 

Nokia 6 (2018)

Peranti ini masih mengekalkan rupa fizikal Nokia 6 yang terdahulu. Ia telah dinaiktaraf dari segi luaran dan dalaman. Kini, kerangka luar lebih kukuh dan permukaan lebih selesa untuk dipegang. Dalaman pula, ia menerima cip pemproses terbaru yang mampu menyokong proses penggambaran lebih baik. Sistem kamera pula diberikan nafas baru melalui sensor berjenama Zeiss.

Baca juga: MWC 2018 : Nokia 6 (2018) Diperbaharui Dengan Kamera Setara Peranti Induk

 

Nokia 7 Plus

Model ini merupakan siri terbaru yang hadir dengan paparan nisbah 18:9 beresolusi tinggi. Rekaan luar tampak segar di samping masih mengekalkan identiti sebuah peranti Nokia. Dilengkapkan dengan sistem dwi kamera utama, ia juga dibekalkan bateri besar yang mampu bertahan sehingga 2 hari – tidak banyak peranti di luar sana menawarkan jangka hayat bateri setahan ini. Ia turut dipadatkan dengan teknologi speaker ditala OZO untuk rakaman video lebih menyeluruh.

Baca juga: MWC 2018 : Nokia 7 Plus Peranti Pertengahan Dengan Skrin 6” Dan 3 Kamera Zeiss

 

Nokia 8 Sirocco

Sebaik memegang peranti ini, kami sangat berpuas hati dengan reka bentuknya. Jujur kami katakan ia kompak, nipis dan sangat selesa untuk digenggam. Ia juga lebih mudah diuruskan menggunakan satu jari dan mudah dimasukkan ke dalam poket. Panel belakang diperbuat daripada gelas yang berkilau dengan kehadiran dwi kamera Zeiss dengan ciri Bothie. Perkakasan dalaman menggunakan cip berprestasi tinggi dan antaramuka Android asli. Keseluruhan, ia sebuah peranti kelas atasan yang sarat dengan teknologi terkini.

Baca juga: MWC 2018 : Nokia 8 Sirocco Dilancarkan Dengan Paparan QHD Melengkung

 

Nokia 8110 4G

Nokia mengambil keputusan untuk mengembalikan telefon lagenda ini. Ia juga pernah digunakan di dalam filem ‘The Matrix’ (jika anda masih ingat). Peranti ini telah dikemas kini dari aspek luaran dan dalaman. Tiada yang se-gah melainkan anda memilikinya pada suatu ketika dahulu. Membuka pad kekunci semudah meleret jari ke bawah – cuma kali ini Nokia tidak memasukkan fungsi ‘Spring lock’ pada penutup pad.

Bukan sekadar telefon yang menyokong rangkaian 4G, ia juga boleh digunakan sebagai MiFi (hotspot) yang boleh dihubungkan kepada 10 peranti. Selain itu, ia juga boleh memuat turun aplikasi tertentu menerusi Google Apps Store. Bagaimanapun, rekaannya tak tumpah seperti sebiji buah pisang (kalau warna kuning).

Baca juga: MWC 2018 : Nokia “Pisang” Dilancarkan Dengan Sokongan 4G Dan Aplikasi Sosial

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here