OPPO Raikan Tahun Baru Cina Dengan Promosi Prosperity Bersama 3 Telco

755
**********

Siapa yang tak suka tawaran menarik?! Sempena Tahun Baru Cina yang semakin dekat, OPPO Malaysia dengan bangganya sekali lagi mengumumkan promosi menarik khas untuk peminat O mereka.

Apa yang menarik? Dengan setiap pembelian OPPO F5 atau OPPO F5 6GB dari Celcom, Digi dan Maxis mulai 8 Februari hingga 28 Februari 2018, anda boleh mendapatkan travel adapter, casing peranti dan pelindung skrin secara percuma.

Bagi pengguna Celcom dan Digi Postpaid, mereka akan mendapat ketiga-tiga hadiah percuma apabila membeli OPPO F5 atau OPPO F5 6GB. Manakala pengguna Maxis Postpaid akan mendapat hadiah percuma apabila membeli OPPO F5.

Di samping itu, pelanggan Celcom Postpaid boleh memiliki OPPO F5 dengan program ansuran serendah RM30 sebulan di bawah pelan EasyPhone. Pengguna boleh membeli OPPO F5 dengan harga RM188 sahaja apabila mereka mendaftar untuk pelan First Gold Supreme 128.

Menarik bukan?! Promosi seperti ini bukan selalu ada tau, baik beli sebelum stok habis!

Celcom
Maxis
Digi

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here