MWC 2018 : ZTE Blade V9 Dan V9 VITA Memenuhi Barisan Kelas Pertengahan Telefon Pintar

501
**********

ZTE jenama yang dikenali ramai hari ini memperkenalkan dua buah telefon pintar kelas pertengahan diberi nama Blade V9 dan Blade V9 VITA kepada umum. Ia sekaligus menambah koleksi dan port folio syarikat China tersebut.

Membawa teknologi skrin hampir penuh menerusi paparan nisbah 18:9 ia juga dibina bahan berasaskan kaca di sebelah depan dan panel belakang. Kerangka masih lagi menggunakan aluminium berwarna kusam untuk mengukuhkan struktur keseluruhan badan.

ZTE Blade V9 lengkap dengan spesifikasi seperti paparan 6-inci IPS LCD FHD+, dikuasa pemproses Snapdragon 450, RAM sebesar 3GB atau 4GB, storan seluas 32GB atau 64GB yang menyokong kad microSD. Kamera utama menyediakan 16MP + 5MP dengan aperture f/2.0, kamera swafoto 8 Megapiksel dan dijana bateri berkapasiti 3,200mAh.

Sementara ZTE Blade V9 VITA pula hadir dengan paparan lebih kecil 5.45-inci IPS LCD HD+, dikuasakan pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 2GB atau 3GB, storan seluas 16GB atau 32GB yang menyokong kad microSD. Kamera utama masih mengekalkan dwi kamera 16MP + 2MP f/2.0, kamera depan 5 Megapiksel dan dijana bateri berkapasiti 3,200mAh.

Kedua-dua peranti dioperasikan Android 8.1 Oreo bersama sistem keselamatan pengecaman wajah.

ZTE Blade V9 dan Blade V9 VITA dijual pada harga $300 (~RM1,173) dan $250 (~RM977) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here