MWC 2018 : Wiko Lancarkan Dua Peranti Dengan Skrin Penuh 6”

605

Nampaknya syarikat kecil seperti Wiko ingin mengikut jejak langkah syarikat yang berpengaruh besar. Kali ini Wiko dari Perancis tampil dengan sebuah model yang diberi nama Wiko View 2. Sebuah peranti yang hadir dengan skrin penuh bersama takuk kamera di depan.

Rekaan sebegini tidaklah baru tetapi Essential PH-1 kepunyaan Bapa Android telah menghasilkannya terlebih dahulu pada tahun lepas. Wiko View 2 diberi suapan baru dengan kelengkapan dalaman serba baik. Menfokuskan pada nilai hiburan, ia menggunakan nisbah skrin 19:9 yang luas.

Sementara di bahagian belakang ia lebih jelas menggunakan orentasi dwi kamera seperti yang boleh dilihat pada iPhone X. Wiko menyatakan View 2 dibina untuk mengambil gambar seakan jurufoto profesional.

Untuk varian View 2 Pro, gabungan dwi kamera 16MP Sony IMX499 sangat baik dalam penggambaran terang mahupun malap. Lensa kamera ini turut menyokong sudut-lebar 120-darjah dan ciri Bokeh dengan mengaburkan latar belakang disamping ciri Face Beauty. Kamera depan 16 Megapiksel yang disediakan pula berteknologi Big Pixel f/2.0, dapat memberikan gambar swafoto 4x lebih terang berbanding peranti dalam kelas yang sama.

Ciri lain yang turut dimuatkan ialah sistem antaramuka Android tulen, sistem keselamatan pengecaman wajah, pembayaran tanpa tunai NFC, dan Live wallpaper. Sementara varian asas View 2, kesemua ciri dibekalkan bersama kecuali sistem kamera utama – hanya menggunakan satu kamera 13 Megapiksel.

Kelengkapan tambahan dimuatkan di dalam kotak Wiko View 2 antaranya ialah sarung boleh bertutup dan pelindung gelas 2.5D anti-cap jari. Eksklusif untuk Wiko View 2 Pro, ia didatangkan bersama sarung pelindung tahan lasak.

Spesifikasi

Wiko View 2

  • Paparan IPS 6” Full Screen
  • Pemproses Snapdragon 435
  • RAM 3GB / ROM 32GB
  • Android 8.0 Oreo
  • Kamera depan 16 MP f/2.0 Big Pixel Technology
  • Kamera utama 13 MP f/2.0 Big Pixel Technology
  • Video FHD / DIS
  • LTE Cat.6
  • Bateri 3,000mAh / micro-USB
  • Sokongan kad microSD sehingga 128GB

Wiko View 2 Pro

  • Paparan IPS 6” Full Screen
  • Pemproses Snapdragon 450
  • RAM 4GB / ROM 64GB
  • Android 8.0 Oreo
  • Kamera depan 16 MP f/2.0 Big Pixel Technology
  • Dwi kamera belakang 16 MP f/1.75 Super PDAF / Big Pixel Technology
  • Dwi LED flash
  • Video FHD / DIS / Slow-mo
  • LTE Cat.6
  • Bateri 3,000mAh / micro-USB
  • Sokongan kad microSD sehingga 256GB

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here