MWC 2018: Siri Terbaru ASUS ZenFone 5Z/5, Lebih Power!

4557
**********

Okay, ini bukan ASUS ZenFone 5 yang menggunakan pemproses Intel, ini adalah siri terbaru ZenFone 5 yang hadir dengan spesifikasi lebih tinggi. Pada MWC 2018 kali ini, ASUS dengan bangganya memperkenalkan 3 model di bawah ZenFone 5 kepada seluruh dunia, termasuk ZenFone 5Z, ZenFone 5 dan ZenFone 5 Lite.

ZenFone 5Z/5 yang dikategorikan sebagai peranti berprestasi tinggi, kini mempunyai reka bentuk baru, di mana tampil dengan skrin takuk (notch) pada bahagian atasnya.

Paparan skrin yang digunakan berukuran 6.2 inci (2246×1080 piksel) dalam nisbah 19:9. Penggunaan rekaan ini tidak menghalang ASUS untuk menampilkan antaramuka yang lebih intuitif dengan adanya ZenUI yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Dari segi kamera, ZenFone 5Z/5 menawarkan dwi kamera utama beresolusi 12 megapiksel dengan aperture f/1.8, serta lensa wide angle yang beresolusi 8 megapiksel dengan aperture f/2.2, kamera depan pula mempunyai sebuah lensa 8 megapiksel.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat satu inovasi masa kini yang perlu ada pada peranti pintar, jadi ASUS juga telah mengimplimentasikan penggunaan teknologi ini pada siri terbaru mereka.

Pemproses yang diguna pada ASUS ZenFone 5Z

Perbezaan yang ada pada ZenFone 5Z dan ZenFone 5 hanya pada pemproses dan memori yang digunapakai. ZenFone 5Z yang dilihat lebih tinggi prestasinya menggunakan pemproses Snapdragon 845 bersama 4/6/8GB RAM dan 64/128/256GB ROM.

Pemproses yang diguna pada ASUS ZenFone 5

Manakala ZenFone 5 pula dibekalkan dengan pemproses Snapdragon 636, di bawah 6GB RAM dan 128GB ruangan storan. Kedua-dua sistem pemprosesan ini akan menjadi tarikan ramai kerana ia menggunakan Kryo-core dengan harga tawaran yang jauh lebih berpatutan. Spesifikasi lain termasuk juga bateri yang berkapasiti 3300mAh, sokongan pengimbas cap jari, Face unlock dan lain-lain lagi.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here