MWC 2018 : Peranti Dwi Kamera Pertama Neffos Diumumkan

681
**********

TP-Link yang bertanggungjawab mengendalikan Neffos selaku pengeluar telefon pintar China hari ini mengumumkan dua model telefon pintar terbaru dibawah siri C dan N.

Dua daripadanya adalah Neffos N1 dan C7. Imej tumpu yang dibawakan pada model ini ialah dari segi penggambaran. Ini bermakna kamera yang dimuatkan berteknologi terkini yang mampu menyaingi telefon pintar dalam kelas yang sama.

Neffos N1 hadir dengan sensor Sony IMX386 yang menawarkan dwi kamera 12 Megapiksel, juga merupakan pertama dalam barisan pernah dihasilkan. Ia boleh merakam imej monokrom dan satu lagi dengan imej RGB, menjadikan kedua-dua sensor dapat menangkap gambar dan jelas serta terang. Ia juga menyokong gambar latar belakang kabur atau lebih mudah dipanggil efek bokeh.

Neffos N1 dikuasakan setcip MediaTek Helio P25 berkelajuan 2.6Ghz serta RAM 4GB.

Sementara Neffos C7 pula didatangkan dengan rekaan unibodi metalik bersama paparan 5.5-inci. Perkakasan dalaman hampir sama seperti Neffos N1 tetapi ia tidak dibekalkan sistem dwi kamera sebaliknya satu kamera 13 Megapiksel di bahagian belakang. Kamera depan pula, sensor 8 Megapiksel mampu mengambil gambar swafoto lebih cantik dibantu ciri Real-time Beautify kelas-10.

TP-Link juga memaklumkan peranti Neffos X Lite yang pernah dilancarkan mendapat sambutan baik, sehinggakan menerima pujian yang tinggi daripada pakar industri. Neffos telah menjual 10 kali lebih banyak telefon X1 Lite pada Disember berbanding Januari 2017.

Tiada maklumat mengenai ketersediaan Neffos N1 dan C7 setakat ini, kemungkinan besar TP-Link Malaysia bakal membawanya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here