MWC 2018 : Nokia “Pisang” Dilancarkan Dengan Sokongan 4G Dan Aplikasi Sosial

380
**********

Kita masih tidak lupa khidmat peranti Nokia suatu ketika dahulu. Sehingga kini kita masih merindukan telefon Nokia dengan rekaan ikoniknya. Untuk zaman moden ini, Nokia tampilkan Nokia 8110 4G di acara MWC 2018.

 

Bagi yang sudah menonton filem ‘The Matrix’ pada tahun 1999, anda mesti pernah ternampak telefon ini didalam satu babak aksi filem tersebut. Ya! Nokia melancarkan model ini semula tetapi kini dengan sokongan 4G dan skrin berwarna. Lebih menariknya, permainan Snake masih dikekalkan dengan antaramuka baharu. Selain itu, aplikasi pra pasang dimuatkan dengan Google Assistant, Google Maps, Twitter, Facebook, dan Facebook Messenger.

Walaupun terdapat ciri-ciri baharu, telefon ini tidak menyediakan kamera swafoto sebaliknya hanya menawarkan kamera belakang 2 Megapiksel. Menerusi paparan QVGA 2.4-inci, ia juga dikuasakan cip Snapdragon 205, storan 4GB, dan kebolehan untuk Wifi Hotspot. Dengan bateri sebesar 1,500mAh dan sistem operasi Smart Feature OS, telefon ini berupaya menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 9 jam untuk panggilan VoLTE dan 48 jam untuk memainkan muzik menerusi bicu audio.

Buat masa ini, tiada pengumuman dibuat untuk pasaran Malaysia, tetapi akan dijual bermula Mei depan dengan tanda harga bermula €80 (kira-kira RM385). Nokia 8110 4G didatangkan dengan dua varian iaitu satu SIM dan dwi-SIM.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here